Publications

Melindungi Diri daripada Scammer

Melindungi diri daripada scammer

Ketika melabur di Malaysia, penting untuk berhati-hati dan hanya melabur dalam skema yang sah dan berlesen. Jika tidak, anda berisiko menjadi mangsa scammer pelaburan yang boleh menyebabkan kerugian kewangan yang besar tanpa peluang untuk pemulihan. Untuk mengelakkan situasi ini, pastikan anda hanya melabur melalui syarikat yang sah dan berlesen.

Jika anda telah menjadi mangsa scammer dan ingin membuat aduan scammer pelaburan atau menyemak scammer pelaburan, kini, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi. Tidak lupa juga, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM telah menubuhkan satu portal yang bernama Semak Mule bagi menyemak scammer dalam talian melalui nombor akaun bank dan juga nombor telefon.  

Jika anda mengalami kerugian kewangan dalam pelaburan pula, anda boleh membuat aduan melalui SIDREC. SIDREC menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian kewangan yang bebas dan ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk membantu pelabur mendapatkan bantuan di luar mahkamah.

SIDREC menyumbang kepada keseimbangan dalam rangka peraturan pasaran modal dan memastikan pelabur mempunyai jalan penyelesaian yang diperlukan apabila terjadi kesulitan. SIDREC dapat membantu untuk menyelesaikan pertikaian dengan pihak syarikat pelaburan pada peringkat mediasi atau, jika perlu, menilai isu melalui pendengaran adjudikasi dan membuat keputusan yang mengikat.

 

Anda perlu tahu cara untuk semak scammer pelaburan, termasuk scammer pelaburan forex, emas, dan syarikat pelaburan scammer, supaya anda dapat menghindari risiko menjadi mangsa. Jika anda mengalami kerugian kewangan, ingatlah bahawa anda boleh menghubungi SIDREC untuk mendapatkan bantuan dan sokongan. Buat aduan scammer pelaburan atau semak scammer pelaburan dengan segera supaya anda boleh terus menjadi pelabur bijak.