In Memoriam: Dato’ K C Vohrah
It is with great sadness that we inform you of the passing of our recently retired member of the Board, Dato’ Karam Chand Vohrah, on
BAGI menyelesaikan pertikaian mengenai tuntutan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan pasaran modal, Suruhanjaya Sekuriti (SC) tampil menubuhkan badan korporat bebas, Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (Sidrec).
Walaupun baru ditubuhkan tahun lalu, Sidrec menjadi agensi utama yang dapat menyelesaikan tuntutan pelabur dan pengantara pasaran modal yang berdaftar. Ikuti temu bual eksklusif wartawan Bisnes Metro, Sri Ayu Kartikawati Amri bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sidrec, Khairul Ridzwan Abdul Kuddus mengenai peranan utama Sidrec.
BOLEH saudara ceritakan secara ringkas apakah fungsi utama Sidrec?
Sidrec ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian monetari di antara pelabur dan pengantara pasaran modal yang berdaftar sebagai ahli di bawah SC iaitu broker saham, broker niaga hadapan, syarikat pengurusan unit amanah dan pengurus dana.
Fungsi utama Sidrec adalah bagi menyediakan saluran penyelesaian pertikaian alternatif untuk pelabur berhubung tuntutan membabitkan perkhidmatan pasaran dan produk terhadap pengantara pasaran modal selain bagi menggalakkan, menyokong serta memudahkan penyelesaian memuaskan, perdamaian atau penarikan balik aduan, pertikaian dan tuntutan yang dibuat pelabur.
Siapakah yang layak membawa tuntutan ke Sidrec?
Jika anda seorang individu atau usahawan tunggal yang juga pelanggan kepada anggota Sidrec, anda layak membawa tuntutan anda ke Sidrec. Manakala semua tuntutan pula mestilah dalam bentuk monetari dan maksimum adalah RM100,000 bagi setiap tuntutan yang dibuat.
Bagaimana Sidrec dapat membantu menyelesaikan masalah pelabur dan pengantara pasaran modal?
Sekiranya pelabur mempunyai tuntutan yang tidak dapat diselesaikan dengan pengantara industri pasaran modal, mereka boleh memfailkan tuntutan dengan Sidrec, sama ada datang ke pejabat kami atau melalui faks, pos ataupun e-mel
Selain itu, pelabur mesti memfailkan tuntutan mereka dalam tempoh 180 hari selepas menerima keputusan muktamad daripada pengantara pasaran modal berkenaan.
Sidrec hanya melayan tuntutan yang dikemukakan kepada pengantara pasaran modal berkenaan dan pelabur mestilah terlebih dulu berusaha menyelesaikan perkara itu dengan pengantara pasaran modal.
Sekiranya penyelesaian itu tidak memuaskan atau pengantara tidak memberi keputusan muktamad mengenai tuntutan terbabit dalam masa 90 hari dari tarikh menerimanya, pelabur boleh membawa tuntutan terus ke Sidrec dan pihak kami akan menyelesaikan pertelingkahan berkenaan mengenai ketidakpuasan pelaburan yang sudah dibuat.
Berapa lamakah masa yang diambil Sidrec bagi menyelesaikan tuntutan?
Sidrec berusaha menyelesaikan semua tuntutan secepat mungkin lebih kurang dalam tempoh 90 hari selepas menerima dokumen dan maklumat lengkap mengenai pertikaian terbabit. Bagaimanapun, jangka masa ini mungkin dipanjangkan bergantung pada kerumitan setiap kes.
Apakah kelebihan Sidrec dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan Sidrec?
Sebagai badan khas bagi menyelesaikan pertikaian pasaran modal, berbekalkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman, badan ini mengendalikan tuntutan dengan cepat dan cekap.
Malah ia, mudah diakses dan sesuai sebagai pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan percuma bagi penyelesaian tuntutan berkaitan produk serta perkhidmatan pasaran modal.
Pelabur boleh mengemukakan tuntutan kepada kami melalui emel, info@sidrec.com.my atau hubungi 03-22822280 dan untuk maklumat lanjut boleh melayari www.sidrec.com.my.
Apakah pertikaian yang terkecuali (tidak diselesaikan Sidrec)?
Antara pertikaian yang tidak boleh diuruskan Sidrec adalah pertikaian dalam skop Tabung Pampasan atau Dana Fideliti, keputusan komersial, misalnya penetapan harga produk, fi dan caj, kredit atau permohonan margin.
Prestasi produk atau pelaburan (kecuali yang tidak dizahirkan atau yang diberi gambaran salah) serta kes yang diputuskan atau masih dalam perbicaraan di mahkamah atau timbang tara kecuali prosiding digantung untuk rujukan kepada Sidrec.
Selain itu, perkara di bawah siasatan SC atau mana-mana pihak penguatkuasaan lain dan pertikaian yang sudah sampai had tempoh mengikut Akta Had Masa 1953.
It is with great sadness that we inform you of the passing of our recently retired member of the Board, Dato’ Karam Chand Vohrah, on
Permodalan Nasional Berhad (PNB) and Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), with the support of the Pahang State Government, are holding their annual integrated financial literacy exhibition.
SIDREC’s CEO, Sujatha Sekhar Naik, will be speaking on “We Help Make It Right” at the MarketPlace Fair to be held at Bursa Malaysia this Saturday, 9 January 2016.
Securities Industry Dispute Resolution Center (201001025669)
Level 25, Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
T: +60-3-2276 6969
E: info@sidrec.com.my